Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Saturday, June 5, 2010


Ciri tumbuhan semula jadi dan hidupan liar (II)

1. Tumbuhan semula jadi di kawasan Gurun Sahara dapat hidup dalam keadaan iklim yang sangat panas dan kering.

2. Tumbuhan yang terdapat di sini ialah kaktus, prickly pear, samun berduri, rumput espartodan pokok akasia bantut.

3. Kebanyakan tumbuhan di gurun ini mempunyai akar yang panjang dan merebak seperti akar samun creosoe.

4. Tumbuhan ini mempunyai akar yang menjalar jauh ke dalam tanah dan ada yang merebak di permukaan bumi untuk menyerap air.

5. Sesetengah tumbuhan mempunyai ciri khusus pada daunnya untuk mengurangkan kehilangan air melalui perpeluhan.

6.Terdapat tumbuhan yang daunnya berlilin seperti daun samun Creosoe. Ada juga yang seperti daunnya berkilat, liat dan berbulu.

7. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berdaun, tetapi berduri seperti pokok kaktus prickly pear.

8. Daun yang berduri membantu pokok kaktus mengurangkan kehilangan air yang keluar melalui proses perpeluhan(transpirasi).

9. Pokok kaktus mempunyai batang yang berlendair atau beronggar untuk menyimpan air bagi kegunaan pada musim kemarau. Kulit pokok adalah tebal.

10. Biji benih beberapa jenis rumput mempunyai kulit yang tebal dan keras serta tahan kemarau.

Ciri tumbuhan semula jadi & hidupan liar

1. Tumbuhan semula jadi di kawasan Tundra mempunyai ciri yang khusus untuk menyesuaikan dengan keadaan kekurangan air dan suhu yang sangat sejuk.
2. Contohnya, liken hanya memerlukan air dan makanan yang sedikit untuk hidup.
3. Liken dapat hidup setahun tanpa air.
4. Lumut dan rumput mempunyai batang dan akar yang dapat menyimpan air.
5. Pokok daun tirus adalah malar hijau dan terbantut pertumbuhannya kerana kekurangan hujan.
6. Pokok-pokok ini tumbuh secara dirian tulen.
7. Pokok ini berbentuk kon untuk mengelakkan salji bertimbun di atasnya.
8. Kulitnya tebal dan batang pokok liat untuk bertahan daripada keadaan sejuk serta angin kencang.
9. Daun-daunnya kecil, tebal, liat dan berbentuk seperti jarum.
10.Ciri ini dapat mengurangkan kehilangan air melalui proses perpeluhan.





Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Tundra(Siberia)



1. Kawasan iklim Tundra atau Artik terletak di sepanjang pantai utara Eurasia dan bersempadan dengan lautan Artik.






2. Musim pertumbuhan di kawasan ini antara 2-3 bulan sahaja.






3. Suhu pada musim panas tidak melebihi 10'c.






4. Suhu pada musim sejuk kira-kira -10'c.






5. Hujan yang turun tidak melebihi 300mm setahun.






6. Hanya lumut, liken, rusiga dan rumput yang dapat tumbuh di kawasan ini.






7. Di selatan siberia yang agak panas terdapat pokok-pokok daun tirus dan bantut misalnya, larch,pain, fir dan sprus.






8. Kawasan tundra kurang didiami hidupan liar.

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Gurun Panas (SAHARA)


1. Gurun Sahara mengalami iklim gurun panas yang sangat panas dan kering.


2. Suhu waktu siang antara 38'c hingga 44'c.


3. Suhu waktu malam sangat sejuk, iaitu 10'c dan hujan tahunannya kurang daripada 250 mm.


4. Keadaan yang kontang(kering) ini menyebabkan kurang terdapat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di sini.


Friday, June 4, 2010

Unit 13


Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi Malaysia

Negara kita sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang unik dan istimewa. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya air masin, hutan air tawa dan hutan pantai.


Setiap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita tumbuh di kawasan- kawasan berlainan. Tahukah anda, bagaimanakah keadaan ini terjadi? Tabura pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi amat bergantung pada benuk muka bumi, iklim, saliran dan jenis tanih.


Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, iaitu hujan tahunan sekitar 26 ratus mm dan suhu 27'c, menggalakan pertumbuhan hutan hujan tropika.


Hutan hujan tropika meliputi kaki bukit dan cerun gunung di bahagian pedalaman semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawakyang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 ribu meter.


Hutan gunung tumbuh subur di kawasan Tanah tinggi.


Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara juga disebabkan oleh tanih yang berbeza-beza dan sistem aliran.


Hutan paya ait tawar pula tumbuh di kawasan pedalaman dan bersaliran buruk, bertakung air dan bertanih gambut.