Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Saturday, June 5, 2010


Ciri tumbuhan semula jadi dan hidupan liar (II)

1. Tumbuhan semula jadi di kawasan Gurun Sahara dapat hidup dalam keadaan iklim yang sangat panas dan kering.

2. Tumbuhan yang terdapat di sini ialah kaktus, prickly pear, samun berduri, rumput espartodan pokok akasia bantut.

3. Kebanyakan tumbuhan di gurun ini mempunyai akar yang panjang dan merebak seperti akar samun creosoe.

4. Tumbuhan ini mempunyai akar yang menjalar jauh ke dalam tanah dan ada yang merebak di permukaan bumi untuk menyerap air.

5. Sesetengah tumbuhan mempunyai ciri khusus pada daunnya untuk mengurangkan kehilangan air melalui perpeluhan.

6.Terdapat tumbuhan yang daunnya berlilin seperti daun samun Creosoe. Ada juga yang seperti daunnya berkilat, liat dan berbulu.

7. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berdaun, tetapi berduri seperti pokok kaktus prickly pear.

8. Daun yang berduri membantu pokok kaktus mengurangkan kehilangan air yang keluar melalui proses perpeluhan(transpirasi).

9. Pokok kaktus mempunyai batang yang berlendair atau beronggar untuk menyimpan air bagi kegunaan pada musim kemarau. Kulit pokok adalah tebal.

10. Biji benih beberapa jenis rumput mempunyai kulit yang tebal dan keras serta tahan kemarau.

Ciri tumbuhan semula jadi & hidupan liar

1. Tumbuhan semula jadi di kawasan Tundra mempunyai ciri yang khusus untuk menyesuaikan dengan keadaan kekurangan air dan suhu yang sangat sejuk.
2. Contohnya, liken hanya memerlukan air dan makanan yang sedikit untuk hidup.
3. Liken dapat hidup setahun tanpa air.
4. Lumut dan rumput mempunyai batang dan akar yang dapat menyimpan air.
5. Pokok daun tirus adalah malar hijau dan terbantut pertumbuhannya kerana kekurangan hujan.
6. Pokok-pokok ini tumbuh secara dirian tulen.
7. Pokok ini berbentuk kon untuk mengelakkan salji bertimbun di atasnya.
8. Kulitnya tebal dan batang pokok liat untuk bertahan daripada keadaan sejuk serta angin kencang.
9. Daun-daunnya kecil, tebal, liat dan berbentuk seperti jarum.
10.Ciri ini dapat mengurangkan kehilangan air melalui proses perpeluhan.





Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Tundra(Siberia)



1. Kawasan iklim Tundra atau Artik terletak di sepanjang pantai utara Eurasia dan bersempadan dengan lautan Artik.






2. Musim pertumbuhan di kawasan ini antara 2-3 bulan sahaja.






3. Suhu pada musim panas tidak melebihi 10'c.






4. Suhu pada musim sejuk kira-kira -10'c.






5. Hujan yang turun tidak melebihi 300mm setahun.






6. Hanya lumut, liken, rusiga dan rumput yang dapat tumbuh di kawasan ini.






7. Di selatan siberia yang agak panas terdapat pokok-pokok daun tirus dan bantut misalnya, larch,pain, fir dan sprus.






8. Kawasan tundra kurang didiami hidupan liar.

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Gurun Panas (SAHARA)


1. Gurun Sahara mengalami iklim gurun panas yang sangat panas dan kering.


2. Suhu waktu siang antara 38'c hingga 44'c.


3. Suhu waktu malam sangat sejuk, iaitu 10'c dan hujan tahunannya kurang daripada 250 mm.


4. Keadaan yang kontang(kering) ini menyebabkan kurang terdapat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di sini.


Friday, June 4, 2010

Unit 13


Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi Malaysia

Negara kita sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang unik dan istimewa. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya air masin, hutan air tawa dan hutan pantai.


Setiap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita tumbuh di kawasan- kawasan berlainan. Tahukah anda, bagaimanakah keadaan ini terjadi? Tabura pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi amat bergantung pada benuk muka bumi, iklim, saliran dan jenis tanih.


Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, iaitu hujan tahunan sekitar 26 ratus mm dan suhu 27'c, menggalakan pertumbuhan hutan hujan tropika.


Hutan hujan tropika meliputi kaki bukit dan cerun gunung di bahagian pedalaman semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawakyang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 ribu meter.


Hutan gunung tumbuh subur di kawasan Tanah tinggi.


Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara juga disebabkan oleh tanih yang berbeza-beza dan sistem aliran.


Hutan paya ait tawar pula tumbuh di kawasan pedalaman dan bersaliran buruk, bertakung air dan bertanih gambut.

Hutan Gunung


Hutan Gunung

1. Hutan gunung terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 12 ratus meter seperti di Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Jerai.


2. Tumbuhan semula jadi di kawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian kawasan.


3. Tumbuhan hampir alpain terdapat di Gunung Kinabalu.


4. Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza.


5. Di hutan hampir alpain terdapat tupai, tikus, burung dan serannga.

Hutan Pantai



Hutan Pantai


1. Hutan pantai banyak terdapat di kawasan pantai yang berpasir contohnya:


(a)Kawasan di sepanjang Pantai Cahaya Bulan di Kelantan.


(b)Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi.


(c)Desaru di Johor.


(d)Batu Feringghi di Pulau Pinang.


(e)Pulau Sipadan di Sabah.


(f)Pulau Talang-Talang di Sarawak.




2. Pokok-pokok di hutan ini adalah seperti ru, bintangor laut, jemerlang laut, berbaru, kelat jambu laut, mengkuang, pokok kelapa dan pokok renek.




3.Di sepanjang pantai terdapat pokok-pokok yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza.




4. Kebanyakkan pokok hutan pantai mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar.




5. Batang pokok ru lurus dan tinggi.




6. Kulit batang pokok ru, kelat jambu laut dan dungn adalah kasar.




7. Tumbuhan menjalar seperti pokok tapak kuda sesuai hidup di kawasan pantai yang berpasir.




8. Akar ini menguatkan cengkaman pokok di pasir yang longgar.




9. Pokok renek tumbuh di belakang pokok ru serta diikuti mengkuang di pokok kelapa.

Hutan Paya Air Tawar


Hutan Paya Air Tawar

1. Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk.


2. Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air sungai dan tasik.


3. Pokok-pokok tumbuh di atas tanih aluvium, tanih gambut dan tanih liat.


4. Antara beberapa kawasan hutan paya air tawar termasuklah:

(a) Di sekitar tasik Chini dan tasik Bera di negeri Pahang.

(b) Sebahagian Sabak Bernam di selangor.

(c) Kawasan tenggara Pahang.

(d) Sekitar kawasan di antara Kuantaan hingga ke selatan Johor.

(e) Delta Rajang di Sarawak.


5. Jenis pokok yang tumbuh di hutan ini.

(a) Di Semenanjung Malaysia ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya ..dan kempas.

(b)Di Sarawak ialah pokok sepetir paya, meranti paya, ramin, jongkong, alam bunga, semayur dan kapur paya.


6. Ciri-ciri pokok hutan ini ialah:

(a) Jenis pokok kayu keras.

(b) Tumbuh bercampur aduk.

(c) Batangnya besar, lurus dan tinggi.

(d) Tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bawahnya.


7. Pokok nipah tumbuh dengan banyaknya di kawasan hutan paya air tawar.


8. Terdapat juga paku-pakis, paku langsuyar, peruk kera dan rotan.


9. Daun pokok adalah lebar, berkilat, berbulu dan berlilin.


10. Hujung daunnya berbentuk tirus untuk memudahkan air hujan mengalir melaluinya.


11. Daun pokok nipah adalah besar dan panjang.


12. Pokok-pokok mempunyai akar yang sesuai untuk tumbuh dalam keadaan yang sesuai.


13.Jenis-jenis akar bagi pokok hutan paya air tawar:

(a) Pokok bintangor mempunyai akar udara.

(b)Pokok perupok mempunyai akar pneumatofor.

(c)Pokok kelat dan merbulan mempunyai akar jangkang.

(d)Pokok meranti mempunyai akar banir.


14. Akar udara dan akar pneumatofor membantu pokok menyerap oksigen daripada udara.


15. Akar jangkang dan akar banir dapat menyokong pokok daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air.


16. Hutan paya air tawar mempunyai profil yang berlapis-lapis.


17. Terdapat 3 lapisan yang nyata di hutan ini, iaitu kanopi, lapisan tengah dan lapisan pokok renek.

Hutan Paya Air Masin


Hutan Paya Air Masin

1. Hutan ini banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang.


2. Kawasan-kawasan yang diliputi jenis hutan ini ialah:

(a)Larut Matang di Perak(kawasan pantai sepanjang 50 kilometer).

(b)sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam.

(c)sebahagian pantai Kuala Selangor di Selangor.

(d)kawasan pantai Johor dan Melaka.

(e)pantai Samarahan-Sadong di Sarawak.

(f)muara Sungai Rajang dan Sungai Baram.

(g)bahagian Delta Labuk-Sugut di Sabah.


3. Hutan ini ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, perapt, tuma merah, paku-pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung.


4. Spesies tumbuhan utama di hutan ini ialah pokok bakau seperti pokok bakau api-api, bakau kurap dan bakau minyak.


5. Batang pokok bakau tumbuh lurus. Ranting dan daun-daunnya merimbun dan membentuk lapisan kanopi dan sekata.


6. Hutan ini tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.


7. Pokok bakau mempunyai daun yang leber dan liat.


8. Daunnya mempunyai kelenjar yang mengeluarkan garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan bumi.


9. Terdapat juga pokok-pokok yang menyimpan garam berlebihan ini dalam daun-daun tua.


10. Daun-daun ini kering gugur. Garam juga dikeluarkan melalui akarnya.


11. Bahagian pokok bakau yang ditenggelami air masin mengalami kekurangan oksigen.


12. Spesies bakau mempunyai sistem akar yang terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang, dan akar banir.


13. Akar ceracak adalah akar penafasan. Akar ini tumbuh secara menegak keluar dari permukaan tanah lumpur.


14. Contoh pokok bakau yang mempunyai akar ceracak ialah bakau api-api dan perepat.


15. Pokok bakau kurap dan bakau minyak mempunyai akar jangkang.


Hutan Paya

Hutan Paya
1. Hutan paya meliputi kawasan tumbuh-tumbuhan yang sering ditenggelami air.

2. Hutan paya biasanya terdapat di sepanjang pantai di sekitar muara sungai yang berlumpur atau bertanih gambut.

3. Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.

orkid





Lapisan tengah


orang utan










Lantai hutan
landak

Profil tumbuh-tumbuhan semula jadi dalam Hutan Hujan Tropika

Emergen / Renjong
layang-layang
burung kakak tua





Kanopi

tupai ular sawa kera

































































































Hutan Hujan Tropika

Hutan Hujan Tropika

1. Hutan hujan tropika atau hutan hujan khatulistiwa merupakan hutan yang paling luas di Malaysia dan meliputi :
(a) 46% daripada keluasan hutan ini di Sarawak.
(b)31% daripada keluasan hutan ini di Semenanjung Malaysia.
(c)23% daripada keluasan hutan ini di Sabah.

2. Pokok-pokok di dalam hutan jenis ini tumbuh rapat dan malar hijau kerana:
(a)Menerima hujan lebat sepanjang tahun.
(b)Menerima suhu yang tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun.

3. Hutan ini padat dan banyak spesies tumbuhannya.

4. Tumbuh-tumbuhan dan hutan ini adalah malar hijau kerana tiada musim luruh yang nyata.

5. Daunnya lebar, berbulu, berlilin dan liat.

6. Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan mudah dan cepat.

7. Hutan ini tumbuh berlapis-lapis dengan empat lapisan yang nyata, iaitu lapisan renjong (emergen), lapisan kanopi(silara), lapisan tengah dan lantai hutan.

8. Hutan ini menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar.

Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi & Hidupan Liar di Negara Kita

Negara kita, iaitu Malaysia, kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini merupakan khazanah negara yang wajar kita banggakan.

Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan semula jadi . Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia ialah hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung. Contoh-contoh tumbuhan merupakan pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok mamanjat dan pokok palma.

Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15 ribu spesies pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 42 ratus spesies pohon-pohon kayu, 15 ratus spesies orkid, 5 ratus jenis pohon palma, dan 8 ratus spesies paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah.Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia , misalnya kira-kira 280 spesies mamalia, 730 spesies burung, 400 spesies amfibia dan reptilia dan lebih daripada 100 ribu spesies serangga.