Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Friday, June 4, 2010

Hutan Hujan Tropika

Hutan Hujan Tropika

1. Hutan hujan tropika atau hutan hujan khatulistiwa merupakan hutan yang paling luas di Malaysia dan meliputi :
(a) 46% daripada keluasan hutan ini di Sarawak.
(b)31% daripada keluasan hutan ini di Semenanjung Malaysia.
(c)23% daripada keluasan hutan ini di Sabah.

2. Pokok-pokok di dalam hutan jenis ini tumbuh rapat dan malar hijau kerana:
(a)Menerima hujan lebat sepanjang tahun.
(b)Menerima suhu yang tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun.

3. Hutan ini padat dan banyak spesies tumbuhannya.

4. Tumbuh-tumbuhan dan hutan ini adalah malar hijau kerana tiada musim luruh yang nyata.

5. Daunnya lebar, berbulu, berlilin dan liat.

6. Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan mudah dan cepat.

7. Hutan ini tumbuh berlapis-lapis dengan empat lapisan yang nyata, iaitu lapisan renjong (emergen), lapisan kanopi(silara), lapisan tengah dan lantai hutan.

8. Hutan ini menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar.

No comments:

Post a Comment