Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Friday, June 4, 2010

Hutan Paya Air Tawar


Hutan Paya Air Tawar

1. Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk.


2. Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air sungai dan tasik.


3. Pokok-pokok tumbuh di atas tanih aluvium, tanih gambut dan tanih liat.


4. Antara beberapa kawasan hutan paya air tawar termasuklah:

(a) Di sekitar tasik Chini dan tasik Bera di negeri Pahang.

(b) Sebahagian Sabak Bernam di selangor.

(c) Kawasan tenggara Pahang.

(d) Sekitar kawasan di antara Kuantaan hingga ke selatan Johor.

(e) Delta Rajang di Sarawak.


5. Jenis pokok yang tumbuh di hutan ini.

(a) Di Semenanjung Malaysia ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya ..dan kempas.

(b)Di Sarawak ialah pokok sepetir paya, meranti paya, ramin, jongkong, alam bunga, semayur dan kapur paya.


6. Ciri-ciri pokok hutan ini ialah:

(a) Jenis pokok kayu keras.

(b) Tumbuh bercampur aduk.

(c) Batangnya besar, lurus dan tinggi.

(d) Tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bawahnya.


7. Pokok nipah tumbuh dengan banyaknya di kawasan hutan paya air tawar.


8. Terdapat juga paku-pakis, paku langsuyar, peruk kera dan rotan.


9. Daun pokok adalah lebar, berkilat, berbulu dan berlilin.


10. Hujung daunnya berbentuk tirus untuk memudahkan air hujan mengalir melaluinya.


11. Daun pokok nipah adalah besar dan panjang.


12. Pokok-pokok mempunyai akar yang sesuai untuk tumbuh dalam keadaan yang sesuai.


13.Jenis-jenis akar bagi pokok hutan paya air tawar:

(a) Pokok bintangor mempunyai akar udara.

(b)Pokok perupok mempunyai akar pneumatofor.

(c)Pokok kelat dan merbulan mempunyai akar jangkang.

(d)Pokok meranti mempunyai akar banir.


14. Akar udara dan akar pneumatofor membantu pokok menyerap oksigen daripada udara.


15. Akar jangkang dan akar banir dapat menyokong pokok daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air.


16. Hutan paya air tawar mempunyai profil yang berlapis-lapis.


17. Terdapat 3 lapisan yang nyata di hutan ini, iaitu kanopi, lapisan tengah dan lapisan pokok renek.

2 comments: