Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Friday, June 4, 2010

Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi & Hidupan Liar di Negara Kita

Negara kita, iaitu Malaysia, kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini merupakan khazanah negara yang wajar kita banggakan.

Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan semula jadi . Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia ialah hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung. Contoh-contoh tumbuhan merupakan pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok mamanjat dan pokok palma.

Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15 ribu spesies pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 42 ratus spesies pohon-pohon kayu, 15 ratus spesies orkid, 5 ratus jenis pohon palma, dan 8 ratus spesies paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah.Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia , misalnya kira-kira 280 spesies mamalia, 730 spesies burung, 400 spesies amfibia dan reptilia dan lebih daripada 100 ribu spesies serangga.

No comments:

Post a Comment