Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Friday, June 4, 2010

Hutan Paya Air Masin


Hutan Paya Air Masin

1. Hutan ini banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang.


2. Kawasan-kawasan yang diliputi jenis hutan ini ialah:

(a)Larut Matang di Perak(kawasan pantai sepanjang 50 kilometer).

(b)sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam.

(c)sebahagian pantai Kuala Selangor di Selangor.

(d)kawasan pantai Johor dan Melaka.

(e)pantai Samarahan-Sadong di Sarawak.

(f)muara Sungai Rajang dan Sungai Baram.

(g)bahagian Delta Labuk-Sugut di Sabah.


3. Hutan ini ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, perapt, tuma merah, paku-pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung.


4. Spesies tumbuhan utama di hutan ini ialah pokok bakau seperti pokok bakau api-api, bakau kurap dan bakau minyak.


5. Batang pokok bakau tumbuh lurus. Ranting dan daun-daunnya merimbun dan membentuk lapisan kanopi dan sekata.


6. Hutan ini tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.


7. Pokok bakau mempunyai daun yang leber dan liat.


8. Daunnya mempunyai kelenjar yang mengeluarkan garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan bumi.


9. Terdapat juga pokok-pokok yang menyimpan garam berlebihan ini dalam daun-daun tua.


10. Daun-daun ini kering gugur. Garam juga dikeluarkan melalui akarnya.


11. Bahagian pokok bakau yang ditenggelami air masin mengalami kekurangan oksigen.


12. Spesies bakau mempunyai sistem akar yang terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang, dan akar banir.


13. Akar ceracak adalah akar penafasan. Akar ini tumbuh secara menegak keluar dari permukaan tanah lumpur.


14. Contoh pokok bakau yang mempunyai akar ceracak ialah bakau api-api dan perepat.


15. Pokok bakau kurap dan bakau minyak mempunyai akar jangkang.


No comments:

Post a Comment