Pendahuluan--Definisi Blog Kami

Saturday, June 5, 2010


Ciri tumbuhan semula jadi & hidupan liar

1. Tumbuhan semula jadi di kawasan Tundra mempunyai ciri yang khusus untuk menyesuaikan dengan keadaan kekurangan air dan suhu yang sangat sejuk.
2. Contohnya, liken hanya memerlukan air dan makanan yang sedikit untuk hidup.
3. Liken dapat hidup setahun tanpa air.
4. Lumut dan rumput mempunyai batang dan akar yang dapat menyimpan air.
5. Pokok daun tirus adalah malar hijau dan terbantut pertumbuhannya kerana kekurangan hujan.
6. Pokok-pokok ini tumbuh secara dirian tulen.
7. Pokok ini berbentuk kon untuk mengelakkan salji bertimbun di atasnya.
8. Kulitnya tebal dan batang pokok liat untuk bertahan daripada keadaan sejuk serta angin kencang.
9. Daun-daunnya kecil, tebal, liat dan berbentuk seperti jarum.
10.Ciri ini dapat mengurangkan kehilangan air melalui proses perpeluhan.

1 comment: